Sinopsis Cinta Per 3.1
Sejarah silam hidup Euny Fasyanda telah membuatkan dirinya banyak berubah. Dia tidak lagi seperti zaman sebelum tragedi hitam itu. Kesulitan hidupnya telah memaksa dia bersifat hipokrit. Dia bukanlah wanita yang jahat dan dia juga bukanlah wanita yang baik. Dia melakukan apa yang diingini demi hidupnya, demi masa hadapannya dan demi maruahnya yang tercalar.
Kisah cinta tiga lelaki terhadap dirinya membuatkan dirinya cukup bernilai. Sahamnya melonjak naik ke paras tertinggi menyebabkan kegoannya juga kian memuncak. Menjadi seorang wanita moden bukanlah asing bagi dirinya. Acuan kasih sayang dan cinta dunia tidak dapat dipisahkan daripadanya.
Cinta pertamanya iaitu Aqasyah sering kali menjengah ke dalam kotak fikiran. Cinta keduanya hadir tanpa diduga telah membuatkan jiwanya turut bergetar hebat. Namun cinta ketiga telah membuatkan impiannya benar-benar tercapai. Cinta ketiga itu telah menjadikan dirinya wanita terulung biarpun memegang status perampas.
Sampai bilakah sandiwara cintanya akan berakhir dan adakah mereka yang mencintainya akan duduk diam setelah dikecewakan? Bagaimana pula dengan stigma masyarakat di sekelilingnya akan membuatkan dia terus berada dalam dakapan cinta suci? Adakah cintanya itu benar-benar suci? Sukar untuk ditakrif selagi cerita Euny Fasyanda belum sampai ke penghujungnya.